Prolog Cinta Mati



Kau tanam benih cinta , 
kau sirami ia sehingga ia mekar ,
Kuntumannya mula berpucuk ,
Namun kau hancurkan ia ,
sehingga tiada kesannya .

Aku insan biasa . Gadis remaja . Hidup disulami cinta yang tidak mati merupakan harapan yang pernah tersemat di hati . Ini kisahku . Aku sudah terjebak dengan cinta ketika aku masih lagi mentah . Ketika itu , apa yang aku tahu cuma keseronokan untuk dimanja , dikasihi , dibelai dan disayangi . Hendak dikatakan kasih ibu bapa dan keluarga tidak cukup , semuanya cukup malah aku rasakan berlebihan . Apa yang aku cuba sampaikan disini , keseronokan percintaan yang aku bayangkan hanyalah dialam mimpi . Semua hanya hayalan . Kerana kau , cinta ini makin pudar dan akhirnya menemui hayat terakhirnya . Tapi , hendak salahkan kau sepenuhnya , aku tidak bisa , sebahagiannya adalah salahku , yang tidak menilai kau dari awal . Salah aku kerana membiarkan kau pergi . Semua angan-angan aku hancur dek satu hari . 

Ketika aku masih lagi dibangku sekolah . Pada aku , umurku masih mentah . Aku gadis cilik berusia 9 tahun , sudah mempelajari sikit demi sedikit erti cinta . Tanpa aku sangka , aku menerima sebuah ucapan dek kerana si jejaka ingin meluahkan rasa . Perantaraan digunakan untuk menghilangkan rasa malu . Aku yang baru berjinak-jinak dengan cinta masih lagi kurang mengerti apa yang si jejaka cuba sampaikan . Itu adalah hari terakhir aku berjumpa dengannya sebelum aku berpindah ke tempat baharu . 

Baru sahaja ke tempat baru , aku terpesona dengan wajah dan air muka si jejaka . Pantas ku utus surat , meluahkan segala isi hati . Tidak ku sangka , gadis biasa seperti aku , diterima olehnya . Hati aku berbunga . Kau buat aku bahagia . Hampir setiap hari kita berutus surat walaupun sering berjumpa . Mentahnya usiaku . Itu perasaan bahagia kali pertama sebenarnya . 

Perasaan bahagia yang aku alami itu hanya sebentar . Hati aku diuji ketika si jejaka lain menghantar surat kepadaku . Aku masih ingat lagi riaksi wajahnya . Merah satu muka , semata-mata ingin menghantar surat kepadaku . Rasa yang baru ku sulam kini bergelora . Patutkah aku menerima si jejaka baru ini ? Jika diperhatikan , sejak aku pindah disitu , dia sering memandangku , namun aku endahkan . Disebabkan aku pelajar baru , aku tidak mempunyai baju pendidikan jasmani dek kerana saiz yang ada hanyalah saiz yang besar sahaja . 2XL ! Mana mungkin aku mahu memakainya . Gadis cilik seperti aku tidak sesuai dan akan nampak serabai (gelebeh) . Jadi setiap kali waktu pendidikan jasmani , aku akan duduk di tepi kelas melihat kawan kawan lain bermain , dan jejaka baru itu datang dan duduk di sebelah ku . Selepas beberapa minggu baru aku sedar , yang dia duduk disebelah ku dan tidak memakai baju pendidikan jasmani ! HATI SIAPA YANG TAK TERGUGAT (HATI AKU LAGILAH) . Tergugat kerana rupanya dia tidak memakai baju pendidikan jasmani kerana aku masih lagi tidak dapat baju itu .

Lalu , ada beberapa salah faham antara aku dan si jejaka awal itu . Sebak terasa di dada . Namun jejaka baru terus mengambil alih tempat nya di hatiku . Susah bagi aku untuk menerima dia pada awalnya . Namun , aku ingin beritahu kalian , AKU JATUH CINTA BERMULA DENGAN SURAT YANG DIA UTUSKAN ! Debaran masih lagi terasa . Dia tidak pernah mengalah untuk mengambil tempat di hati aku . Kerna itu sehingga kini aku tak dapat melupakannya , dan masih lagi membandingkan dia dengan yang lain .

Comments

Popular posts from this blog

Sakit !!

Kawaad