Story time .


Anugerah Terindah

Dingin pagi membuatkan Amsyar Zayri malas untuk bersiap ke kolej. Amsyar menarik selimut dan melelapkan mata untuk meneruskan mimpi indah yang tergendala. Ya , nama aku Amsyar , orang panggil “Am” .

                “Along cepat bangun ! Amsyar Zayri ! Bangun ! Matahari dah naik dah tu …” Pintu diketuk lagi beberapa kali. Laungan itu tidak diambil kesah.

                “Along Amsyar, cepatlah bangun along oi ! Nak pergi kolej pukul berapa ni ? Asymar dah bangun, dah siap dah . Along !” kejut ibu tidak putus.

                “Yalah, along bangun. Suruh Asy tunggu. Bagi Am sepuluh minit untuk bersiap,” jawab Amsyar malas. Amsyar bingkas bangun dan bersiap untuk ke kolej. Amsyar melihat seluruh isi rumah berada di meja makan ketika dia menuruni anak tangga. Amsyar sengaja memperlahankan langkahnya untuk ke meja makan. Amsyar melihat adik bongsunys berkerut memandangnya.

                “Maaf ya dik. Along malas pulak nak turun tangga tadi. Kenapa tengok along macam tu ? Makanlah,”kata Amsyar dengan ketawa yang bersisa.

                “Adik, mari makan. Jangan buat muka depan rezeki. Ha ! Asy, Am, kelas pukul berapa ?” tanya ayah.

                “Asy kelas pukul 10 pagi. Abang Am pukul 9 pagi” jawab Asymar manakala Amsyar menikmati sarapan yang terhidang. Asymar menggelengkan kepala melihat Amsyar , abang kembarnya.

                “Along, janganlah makan gelojoh sangat. Macam tak pernah makan setahun dah adik tengok. Angah tu makan perlahan aje. Apalah along ni”kata Lilyana.

                “Sejak bila adik bongsu along ni banyak mulut ? Selalu kalau banyak mulut dan perasaan tak stabil ni, adik nak cuti ke ?”kata Amsyar sambil ketawa. Seronok mengusik adik bongsunya itu.

                “Am, tinggal jelah dia. Dah membebel macam ni, nanti dalam kereta habis kena marah. Jomlah Am” Asymar juga mengusik adik bongsunya.

***

                “Hai bro ! Apa cerita ? Hey Asy, sihat ?” kata Ihsan. Dia merupakan sahabat kepada aku dan kembarku.

                “Aku sihat je. Tak ada cerita apa. Kau nampak Asy macam sakit ke ? Takkan ? Maksudnya dia sihatlah. Okeylah jom. Asy kau tunggu Am dekat tempat selalulah ye ?” kata Amsyar. Asymar mengangguk.

                “Bro, nak pergi mana ?”soal Ihsan lurus.

                “Kelaslah. Kau ingat nak pergi mana?” soal Amsyar.

                “Tengok aweklah” kata Ihsan sambil tersengih macam kerang busuk. Amsyar memukul bahu Ihsan. Sebelum pergi ke kelas, Amsyar sempat melambaikan tangan kepada adiknya.

***

                “Kelas, saya nak memperkenalkan pelajar baru. Nama dia Stella Iwani. Harap semua dapat memberi tunjuk ajar kepadanya. Okey Stella, awak boleh duduk di sebelah Amsyar memandangankan kerusi disebelahnya kosong.” kata Prof. Anis. Stella berjalan menuju tempat duduknya. Amsyar senyum manakala Stella hanya mengangguk seolah faham isyarat yang diberikan oleh Amsyar.

                Selesai kelas, Asymar menunggu abang kembarnya di kafe. Asymar melihat seorang perempuan disebelah abang kembarnya. Pelbagai tanda Tanya yang terlintas di kepalanya. Sesampainya Amsyar di hadapan Asymar, Asymar menyapa.

                “Along Am, siapa tu?”

                “Asy, kenalkan ini Stella. Pelajar baru kelas along. Stella, ini adik kembar saya. Kami kembar seiras.” Tidak dapat dinafikan. Muka Amsyar dan Asymar saling tak tumpah kacaknya sehingga dia juga tertawan dengan rupa paras kembar itu.

                “Asymar Zayri. Kembar kepada Amsyar Zayri” Asymar memulakan perkenalan.

                “Hai, saya Stella. Stella Iwani” jawab Stella sopan.

                “Asy, Stella, jom Am belnja makan. Stella balik dengan siapa ni?” tanya Amsyar.

                “Stella balik dengan kawan. Erm … Am ..” Tiba-tiba telefon Stella berbunyi menandakan mesej masuk.

                                Dari : Farysha Atikah
                                aq tggu kw kt dpn kls aqw. aftr kls ktw grk ! ;)

                “Am, saya betul-betul hargai niat baik awak, tapi saya kena pergi” Tanpa membuang masa Stella terus berlalu. Mata Amsyar mengikuti langkahnya.

                “Am !” Asymar menyedarkan Amsyar daripada lamunan.

                “Asy, Am rasa Am dah jatuh cintalah” kata Amsyar sambil memeluk bahu Asymar. Mesej masuk ke telefon bimbit Amsyar.

                                Dari : Adek Lily
                                Along Am ku syg ,,, Ambl Lily kt bus stop dpn sklh. Thx. Love ya!

Amsyar tersenyum lalu membalas.
                               
                                Kepada : Adek Lily
                                Klu along x nk ? XD ( Emoji ) . Tnggu along. Jgn tgur spe yg x knl. 10 mint lgy oky?

                “Asy, adik awak suruh ambil dia depan sekolah. Jomlah gerak. Nanti kena culik, habis kena soal dengan ibu”Amsyar mengajak. Asymar mengangguk lalu mereka pergi ke kereta. Amsyar terus memandu ke sekolah Lilyana.

Sesampainya di stesen bas sekolah Lilyana. . .

                “Am, mana Lily ? Tak de pun” tanya Asymar kerisauan.

                “Kejap, Am cuba call Lily” Amsyar mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi Lilyana. Percubaan pertama gagal. Asymar mula resah. Percubaan kedua gagal lagi. Amsyar mula gelisah dan terbayang keadaan dia perlu menghadap ibunya. Percubaan kali ketiga . . .

                “Helo ! Along Am, Along Am dekat mana? Lily lepak dekat perpustakaan sebab tunggu along lambat sangat” Lilyana bersuara memecahkan suasana tegang.


                “Eh Lily ! Lain kali jawab telefon. Jangan buat along risau. Dah cepat ! Along dengan angah dah sampai dah ni” kata Amsyar penuh kerisauan.

                “Jadi , Lily ada tak?” tanya Asymar.     
     
                “Lepak kat perpustakaan sebab lambat sampai” jawab Amsyar.

Beberapa minit kemudian, Lilyana tiba bersama beberapa orang rakannya.

                “Along, angah, Lily nak kenalkan kawan-kawan Lily supaya along dengan angah kenal. Yang suka bergaya tu nama dia Aimi, yang suka buat muka comel tu Mia Arlyssa dan yang pakai cermin mata ni Ayyien” kata Lilyana panjang lebar.

                “Hai, Amsyar”Amsyar memperkenalkan diri dengan cara yang malas.

                “Helo, Asymar Zayri. Kami kembar.”

                “Hai Abang Asymar dan Abang Amsyar.” kata mereka serentak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 SAMBUNGAN DI SINI ! 

                 “Okey , kami balik dulu . Jom .” ajak Amsyar .

Lily bersalaman dengan rakan rakannya sebelum masuk ke kereta . Sepanjang perjalanan Amsyar membebel tentang sikap Lily yang tidak memberitahunya ke mana dia pergi . Bukannya apa , adiknya seorang itu satu satunya perempuan , mana tak risau . Mulut , sikap memang lah tak nampak macam suka tapi , seburuk buruk mana pun Lily , Lily tetap adik nya yang perlu disayangi dan dilindungi .

***

                “Sampai sini saja kelas pada hari ini . Boleh bersurai” ucap Prof. Anis .
Amsyar terus mengemas barang .

                “Stella , apa planning you hari ni ?” tanya Amsyar .

                “Harini saya tak buat apa . Kenapa Am ?”

                “Jom pergi makan sekali .”

                “Tapi saya dengan kawan,” ucap Stella serba salah .

                “Tak apa , ajaklah kawan you tu . Lagipun , kita pergi bukan berdua , Asy ikut sekali .”

Stella mengangguk tanda setuju lantas terus menghubungi rakannya . Kemudian , mereka berkumpul di café .
                “Asy ?”

                “Far ?”

                “Korang kenal ke ?” tanya Amsyar .

                “Mana tak kenal nya Am , Far ni satu kelas ngan Asy . Kenalkan Am , dia Farysha Atikah , Far , ni abang kembar saya, Amsyar Zayri .” ucap Asymar .

                “Stella cakap , Am ajak keluar makan . Tu yang Far dekat sini . Stella ni bestfriend Far.” cerita Farysha .

Amsyar mencadangkan satu restoran di sekitar kolej dan bergerak ke sana dengan kenderaan masing masing . Sepanjang di restoran , pelbagai kisah dikongsi , menyebabkan titik permulaan persahabatan bermula .
***

 Mula daripada saat itu , apa sahaja aktiviti , mereka buat bersama , juga tak dilupakan , Ihsan juga bersama . Di rumah …

                “Asy , Am rasa kan , Am sukalah dekat Stella . Am rasa nak try dia . Amacam ?” tanya Amsyar

                “Am biar betul . Am kan susah nak suka orang . Selama ni , perempuan yang cuba try Am , semuanya Am ‘game’ kan diorang . Asy taknak Am kecewakan orang lain .” nasihat Asymar .

                “Kali ni , Am yakin , she’s the one .” ujar Amsyar tekad .

                “Asy harap Am tak mainkan hati orang dah”

Mana hati Asymar tak risau , dahulu , Amsyar sering bertukar tukar perempuan , seperti tukar baju . Riuh satu sekolah kisahnya yang selalu memainkan hati perempuan . Tidak diakui , paras rupa yang kacak itu ada campuran Pakistan dan Arab . Mana mungkin pelajar wanita tak tergugat melihat ketampanan mereka . Ada satu cerita yang Asymar ingat sehingga kini . Waktu itu , di kelas . Sudah jadi kebiasaan , kembar akan berada bersama walau dimana jua . Begitu juga Asymar , sentiasa berada di samping Amsyar . Asymar perasan ada satu kertas putih terselit dibawah buku Sains Tingkatan 5 . Amsyar yang baru tiba dari tandas terus menarik kertas tersebut dan membacanya .

‘ KAU INGAT KAU BAGUS ? BOLEH JALAN LAH DENGAN PERANGAI TAK SEMEGAH KAU NI !’

Amsyar terus merenyuk kertas tersebut .

                “Siapa pulak perempuan yang berani cari pasal dengan aku ni ?!  Kalau aku jumpa perempuan ni , memang siap dia aku kenakan .” tekad Amsyar .

                “Am , kenapa pulak ni ? Apa surat tu tulis ?” tanya Asymar kebingungan .

                “Entah perempuan mana yang hantar surat layang . Dia ingat dia bagus sangat kut . Tapi satulah , dia ni kecut , sebab tak berani cakap depan depan . Ade ke patut hantar surat ?!”

                “Alah , biarla dia . Sudahlah tu Am . Tak payahlah mainkan hati orang lagi . SPM pun dah nak dekat , apa kata kita study ramai ramai dengan Ihsan sekali .” pujuk Asymar .

                “Belajar tu kemudian boleh . Am nak enjoy dulu . Jangan nak bagitahu ayah pulak .”

Asymar hanya menggelengkan kepala . Amsyar tekad hari itu , dia ingin mencari siapa gerangan penulis surat tersebut . Gigih Amsyar bertanyakan kepada orang ramai , siapa yang masuk ke kelasnya waktu rehat . Ada beberapa jawapan yang diterima , tapi satu nama yang menarik minatnya . Aireen . Pengawas yang paling poyo sekali dan acah bagus di mata Amsyar . Ketika Amsyar mencari Asymar , Amsyar terlihat Asymar di kantin bersama Aireen . Membara api kemarahan dalam dirinya . Terus laju Amsyar menyusun langkah mendekati mereka .

                “Asy , merata Am cari .”

                “Eh tadi Am kata nak pergi cari Ihsan , tak jumpa ke ?” soal Asymar pelik . Mabuk di siang hari ke abang kembarnya ini .

                “Dah jumpa .”

                “Okey lah Asy , Reen pergi dulu . Nanti apa apa Reen bagitahu .”

                “Cepat cepat nak pergi ni kenapa ?” soal Amsyar sinis .

                “Takde kena mengena dengan urusan kau .” jeling Aireen .

                “Amboi , kasarnya cakap . Dengan Asy bukan main sopan lagi kau .”

                “Kita layan orang , seperti mana orang layan kita . Okey lah Asy . Jumpa lagi” ujar Aireen sambil melangkah pergi .

                “Kurang ajarnya dia . Macam mana la Asy boleh kawan dengan dia .”ucap Amsyar bengang .

                “Am yang cari pasal . Nasib Am lah . Hahaha .”perli Asymar .

‘Kau tunggu perempuan . Kau yang cari pasal dengan aku dulu kan ? Siap kau !’ Amsyar bermonolog sendiri .

Mula dari saat itu , Amsyar menyusun strategi dengan teliti . Tekadnya , dia perlu menawan hati Aireen supaya dia boleh membalas dendam .

***

                “Asy , Aireen tu macam mana ya ? Maksud Am , Am nak tahu ciri ciri dia , lelaki yang dia suka . Asy kan rapat dengan dia , mesti Asy tahu banyak pasal dia . “ tanya Amsyar .

                “Ni kenapa tanya tanya pasal Aireen . Mesti ada apa apa yang Am sembunyikan kan ?”

                “Am rasa , Am mula sukakan dia” ucap Am . Dalam hati , hanya dia saja yang tahu betapa bencinya dirinya terhadap Aireen , demi misinya , terpaksa dia berlakon .

                “Am ni biar betul . Macam mana boleh suka pulak ni ?”tanya Asymar gusar .

                “Yalah , dia je satu satu nya perempuan yang tolak Am . Dia lain , dia unik . Senang cerita dia memang special .”

                ‘Maafkan Am , Asy .’

                “Oh . Macam tu” ucap Asymar dengan nada rendah . Remuk hatinya apabila mengetahui abangnya sendiri menyukai gadis idamannya . Dalam hati yang benci , dirinya mempersoalkan tiadakah gadis lain yang boleh diminati abangnya ? Mengapakah gadis idamannya juga menjadi rebutan abangnya sendiri . Namun , sedalam dalam hati yang membenci , Asymar masih menyayangi abangnya . Asymar tahu , abangnya seorang itu sukar untuk menyukai seseorang .

                “Asy , apehal senyap ? Cerita la cepat .” paksa Amsyar .

                “Ha ? Takde apa . Sabar la kejap . Kalut betul” .

Bantal dibaling tepat ke muka abangnya . Gelak tawa Amsyar memenuhi bilik Asymar . Asymar mula menceritakan sedikit sebanyak apa yang diketahui tentang Aireen . Doanya dalam hati agar abangnya menjaga Aireen sebaik mungkin kelak . Dia tidak sanggup melihat Aireen terluka .

***

Amsyar tekad dia perlu berubah demi memikat hati Aireen . Pagi itu , Amsyar bersiap awal pagi . Pintu bilik Asymar diketuk .

                “Asy , kita pergi awal hari ni . Cepat siap .”laung Amsyar dari luar pintu bilik Asymar .
Asymar menggapai jam ditepi katilnya . Beberapa kali dia mencubit pipinya .

                ‘Tak mimpi ni . Maknanya along memang bangun awal’ Asymar bermonolog sendiri .

Laju tangannya menggapai beg sekolah di meja belajarnya . Langkah kaki diayun secepat mungkin untuk pergi ke muka pintu kerana Amsyar sedang menunggu nya . Bahu Amsyar ditepuk .

                “Am , Asy tak mimpi kan ?”tanya Asymar .

                “Woi . Nak mimpi apa siang buta ni ?”

                “Takdela . Am awal sangat harini . Tak breakfast dulu ke ?”

                “Am dah mintak mak Senah tapau . Dah , jom” ajak Amsyar .

                “Ibu ! Kami pergi dulu” laung Asymar .

Setibanya mereka di sekolah , Amsyar melihat wajah pengawas yang bertugas . Amsyar tersengih dari jauh .

                “Hai Aireen ,”Amsyar menyapa lembut .

                “Kau ni dah kenapa ?” tanya Aireen pelik .

                ‘Dah kena sampuk ke mamat ni ?’ ucap Aireen sendiri .

                “Kau kata kau akan layan orang seperti mana orang layan kau . Aku kan tegur kau elok je . Takde jerkah apa apa pun .”

                “Asy , abang kau ni dah kena sampuk ke ? Datang awal , tiba tiba jadi baik .”ucap Aireen pelik .

                “Okey . Let’s begin again . Hai Aireen”

                “Hai . Puas tak hati kau ?” tanya Aireen sebal .


Asymar hanya menggelengkan kepala melihat gelagat abangnya . Sedikit sebanyak hati nya lega kerana Aireen tidak melayan Amsyar . Amsyar terus berjalan sambil mengenyit sebelah mata kepada Aireen . Terpaku Aireen sebentar . Tidak pernah dia mendapat perhatian sebegitu daripada lelaki .



Comments

Popular posts from this blog

Sakit !!

Kawaad