Prolog Cinta Mati
Kau tanam benih cinta , kau sirami ia sehingga ia mekar , Kuntumannya mula berpucuk , Namun kau hancurkan ia , sehingga tiada kesannya . Aku insan biasa . Gadis remaja . Hidup disulami cinta yang tidak mati merupakan harapan yang pernah tersemat di hati . Ini kisahku . Aku sudah terjebak dengan cinta ketika aku masih lagi mentah . Ketika itu , apa yang aku tahu cuma keseronokan untuk dimanja , dikasihi , dibelai dan disayangi . Hendak dikatakan kasih ibu bapa dan keluarga tidak cukup , semuanya cukup malah aku rasakan berlebihan . Apa yang aku cuba sampaikan disini , keseronokan percintaan yang aku bayangkan hanyalah dialam mimpi . Semua hanya hayalan . Kerana kau , cinta ini makin pudar dan akhirnya menemui hayat terakhirnya . Tapi , hendak salahkan kau sepenuhnya , aku tidak bisa , sebahagiannya adalah salahku , yang tidak menilai kau dari awal . Salah aku kerana membiarkan kau pergi . Semua angan-angan aku hancur dek satu hari . Ketika aku masih lagi dibangku s