Story time .
Anugerah Terindah
Dingin pagi membuatkan Amsyar Zayri malas untuk bersiap ke
kolej. Amsyar menarik selimut dan melelapkan mata untuk meneruskan mimpi indah
yang tergendala. Ya , nama aku Amsyar , orang panggil “Am” .
“Along
cepat bangun ! Amsyar Zayri ! Bangun ! Matahari dah naik dah tu …” Pintu
diketuk lagi beberapa kali. Laungan itu tidak diambil kesah.
“Along
Amsyar, cepatlah bangun along oi ! Nak pergi kolej pukul berapa ni ? Asymar dah
bangun, dah siap dah . Along !” kejut ibu tidak putus.
“Yalah,
along bangun. Suruh Asy tunggu. Bagi Am sepuluh minit untuk bersiap,” jawab
Amsyar malas. Amsyar bingkas bangun dan bersiap untuk ke kolej. Amsyar melihat
seluruh isi rumah berada di meja makan ketika dia menuruni anak tangga. Amsyar
sengaja memperlahankan langkahnya untuk ke meja makan. Amsyar melihat adik
bongsunys berkerut memandangnya.
“Maaf
ya dik. Along malas pulak nak turun tangga tadi. Kenapa tengok along macam tu ?
Makanlah,”kata Amsyar dengan ketawa yang bersisa.
“Adik,
mari makan. Jangan buat muka depan rezeki. Ha ! Asy, Am, kelas pukul berapa ?”
tanya ayah.
“Asy
kelas pukul 10 pagi. Abang Am pukul 9 pagi” jawab Asymar manakala Amsyar
menikmati sarapan yang terhidang. Asymar menggelengkan kepala melihat Amsyar , abang kembarnya.
“Along,
janganlah makan gelojoh sangat. Macam tak pernah makan setahun dah adik tengok.
Angah tu makan perlahan aje. Apalah along ni”kata Lilyana.
“Sejak
bila adik bongsu along ni banyak mulut ? Selalu kalau banyak mulut dan perasaan
tak stabil ni, adik nak cuti ke ?”kata Amsyar sambil ketawa. Seronok mengusik
adik bongsunya itu.
“Am,
tinggal jelah dia. Dah membebel macam ni, nanti dalam kereta habis kena marah.
Jomlah Am” Asymar juga mengusik adik bongsunya.
***
“Hai
bro ! Apa cerita ? Hey Asy, sihat ?” kata Ihsan. Dia merupakan sahabat kepada
aku dan kembarku.
“Aku
sihat je. Tak ada cerita apa. Kau nampak Asy macam sakit ke ? Takkan ?
Maksudnya dia sihatlah. Okeylah jom. Asy kau tunggu Am dekat tempat selalulah ye
?” kata Amsyar. Asymar mengangguk.
“Bro,
nak pergi mana ?”soal Ihsan lurus.
“Kelaslah.
Kau ingat nak pergi mana?” soal Amsyar.
“Tengok
aweklah” kata Ihsan sambil tersengih macam kerang busuk. Amsyar memukul bahu
Ihsan. Sebelum pergi ke kelas, Amsyar sempat melambaikan tangan kepada adiknya.
***
“Kelas,
saya nak memperkenalkan pelajar baru. Nama dia Stella Iwani. Harap semua dapat
memberi tunjuk ajar kepadanya. Okey Stella, awak boleh duduk di sebelah Amsyar
memandangankan kerusi disebelahnya kosong.” kata Prof. Anis. Stella berjalan
menuju tempat duduknya. Amsyar senyum manakala Stella hanya mengangguk seolah
faham isyarat yang diberikan oleh Amsyar.
Selesai
kelas, Asymar menunggu abang kembarnya di kafe. Asymar melihat seorang
perempuan disebelah abang kembarnya. Pelbagai tanda Tanya yang terlintas di
kepalanya. Sesampainya Amsyar di hadapan Asymar, Asymar menyapa.
“Along
Am, siapa tu?”
“Asy,
kenalkan ini Stella. Pelajar baru kelas along. Stella, ini adik kembar saya.
Kami kembar seiras.” Tidak dapat dinafikan. Muka Amsyar dan Asymar saling tak
tumpah kacaknya sehingga dia juga tertawan dengan rupa paras kembar itu.
“Asymar
Zayri. Kembar kepada Amsyar Zayri” Asymar memulakan perkenalan.
“Hai,
saya Stella. Stella Iwani” jawab Stella sopan.
“Asy,
Stella, jom Am belnja makan. Stella balik dengan siapa ni?” tanya Amsyar.
“Stella
balik dengan kawan. Erm … Am ..” Tiba-tiba telefon Stella berbunyi menandakan
mesej masuk.
Dari
: Farysha Atikah
aq
tggu kw kt dpn kls aqw. aftr kls ktw grk ! ;)
“Am,
saya betul-betul hargai niat baik awak, tapi saya kena pergi” Tanpa membuang
masa Stella terus berlalu. Mata Amsyar mengikuti langkahnya.
“Am !”
Asymar menyedarkan Amsyar daripada lamunan.
“Asy,
Am rasa Am dah jatuh cintalah” kata Amsyar sambil memeluk bahu Asymar. Mesej
masuk ke telefon bimbit Amsyar.
Dari
: Adek Lily
Along
Am ku syg ,,, Ambl Lily kt bus stop dpn sklh. Thx. Love ya!
Amsyar tersenyum lalu membalas.
Kepada : Adek Lily
Klu
along x nk ? XD ( Emoji ) . Tnggu along. Jgn tgur spe yg x knl. 10 mint lgy
oky?
“Asy,
adik awak suruh ambil dia depan sekolah. Jomlah gerak. Nanti kena culik, habis
kena soal dengan ibu”Amsyar mengajak. Asymar mengangguk lalu mereka pergi ke
kereta. Amsyar terus memandu ke sekolah Lilyana.
Sesampainya di stesen bas sekolah Lilyana. . .
“Am,
mana Lily ? Tak de pun” tanya Asymar kerisauan.
“Kejap,
Am cuba call Lily” Amsyar mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi
Lilyana. Percubaan pertama gagal. Asymar mula resah. Percubaan kedua gagal
lagi. Amsyar mula gelisah dan terbayang keadaan dia perlu menghadap ibunya.
Percubaan kali ketiga . . .
“Helo !
Along Am, Along Am dekat mana? Lily lepak dekat perpustakaan sebab tunggu along
lambat sangat” Lilyana bersuara memecahkan suasana tegang.
“Eh
Lily ! Lain kali jawab telefon. Jangan buat along risau. Dah cepat ! Along
dengan angah dah sampai dah ni” kata Amsyar penuh kerisauan.
“Jadi ,
Lily ada tak?” tanya Asymar.
“Lepak
kat perpustakaan sebab lambat sampai” jawab Amsyar.
Beberapa minit kemudian, Lilyana tiba bersama beberapa orang
rakannya.
“Along,
angah, Lily nak kenalkan kawan-kawan Lily supaya along dengan angah kenal. Yang
suka bergaya tu nama dia Aimi, yang suka buat muka comel tu Mia Arlyssa dan
yang pakai cermin mata ni Ayyien” kata Lilyana panjang lebar.
“Hai,
Amsyar”Amsyar memperkenalkan diri dengan cara yang malas.
“Helo,
Asymar Zayri. Kami kembar.”
“Hai
Abang Asymar dan Abang Amsyar.” kata mereka serentak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SAMBUNGAN DI SINI !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SAMBUNGAN DI SINI !
“Okey , kami balik dulu . Jom .” ajak Amsyar .
Lily bersalaman dengan rakan rakannya sebelum masuk ke
kereta . Sepanjang perjalanan Amsyar membebel tentang sikap Lily yang tidak
memberitahunya ke mana dia pergi . Bukannya apa , adiknya seorang itu satu
satunya perempuan , mana tak risau . Mulut , sikap memang lah tak nampak macam
suka tapi , seburuk buruk mana pun Lily , Lily tetap adik nya yang perlu
disayangi dan dilindungi .
***
“Sampai
sini saja kelas pada hari ini . Boleh bersurai” ucap Prof. Anis .
Amsyar terus mengemas barang .
“Stella
, apa planning you hari ni ?” tanya Amsyar .
“Harini
saya tak buat apa . Kenapa Am ?”
“Jom
pergi makan sekali .”
“Tapi
saya dengan kawan,” ucap Stella serba salah .
“Tak
apa , ajaklah kawan you tu . Lagipun , kita pergi bukan berdua , Asy ikut
sekali .”
Stella mengangguk tanda setuju lantas terus menghubungi
rakannya . Kemudian , mereka berkumpul di café .
“Asy ?”
“Far ?”
“Korang
kenal ke ?” tanya Amsyar .
“Mana
tak kenal nya Am , Far ni satu kelas ngan Asy . Kenalkan Am , dia Farysha
Atikah , Far , ni abang kembar saya, Amsyar Zayri .” ucap Asymar .
“Stella
cakap , Am ajak keluar makan . Tu yang Far dekat sini . Stella ni bestfriend
Far.” cerita Farysha .
Amsyar mencadangkan satu restoran di sekitar kolej dan
bergerak ke sana dengan kenderaan masing masing . Sepanjang di restoran ,
pelbagai kisah dikongsi , menyebabkan titik permulaan persahabatan bermula .
***
Mula daripada saat
itu , apa sahaja aktiviti , mereka buat bersama , juga tak dilupakan , Ihsan
juga bersama . Di rumah …
“Asy ,
Am rasa kan , Am sukalah dekat Stella . Am rasa nak try dia . Amacam ?” tanya
Amsyar
“Am
biar betul . Am kan susah nak suka orang . Selama ni , perempuan yang cuba try
Am , semuanya Am ‘game’ kan diorang . Asy taknak Am kecewakan orang lain .”
nasihat Asymar .
“Kali
ni , Am yakin , she’s the one .”
ujar Amsyar tekad .
“Asy
harap Am tak mainkan hati orang dah”
Mana hati Asymar tak risau , dahulu , Amsyar sering bertukar
tukar perempuan , seperti tukar baju . Riuh satu sekolah kisahnya yang selalu
memainkan hati perempuan . Tidak diakui , paras rupa yang kacak itu ada
campuran Pakistan dan Arab . Mana mungkin pelajar wanita tak tergugat melihat
ketampanan mereka . Ada satu cerita yang Asymar ingat sehingga kini . Waktu itu
, di kelas . Sudah jadi kebiasaan , kembar akan berada bersama walau dimana jua
. Begitu juga Asymar , sentiasa berada di samping Amsyar . Asymar perasan ada
satu kertas putih terselit dibawah buku Sains Tingkatan 5 . Amsyar yang baru
tiba dari tandas terus menarik kertas tersebut dan membacanya .
‘ KAU INGAT KAU BAGUS
? BOLEH JALAN LAH DENGAN PERANGAI TAK SEMEGAH KAU NI !’
Amsyar terus merenyuk kertas tersebut .
“Siapa
pulak perempuan yang berani cari pasal dengan aku ni ?! Kalau aku jumpa perempuan ni , memang siap
dia aku kenakan .” tekad Amsyar .
“Am ,
kenapa pulak ni ? Apa surat tu tulis ?” tanya Asymar kebingungan .
“Entah
perempuan mana yang hantar surat layang . Dia ingat dia bagus sangat kut . Tapi
satulah , dia ni kecut , sebab tak berani cakap depan depan . Ade ke patut
hantar surat ?!”
“Alah ,
biarla dia . Sudahlah tu Am . Tak payahlah mainkan hati orang lagi . SPM pun
dah nak dekat , apa kata kita study ramai ramai dengan Ihsan sekali .” pujuk
Asymar .
“Belajar
tu kemudian boleh . Am nak enjoy dulu . Jangan nak bagitahu ayah pulak .”
Asymar hanya menggelengkan kepala . Amsyar tekad hari itu ,
dia ingin mencari siapa gerangan penulis surat tersebut . Gigih Amsyar
bertanyakan kepada orang ramai , siapa yang masuk ke kelasnya waktu rehat . Ada
beberapa jawapan yang diterima , tapi satu nama yang menarik minatnya . Aireen
. Pengawas yang paling poyo sekali dan acah bagus di mata Amsyar . Ketika
Amsyar mencari Asymar , Amsyar terlihat Asymar di kantin bersama Aireen .
Membara api kemarahan dalam dirinya . Terus laju Amsyar menyusun langkah
mendekati mereka .
“Asy ,
merata Am cari .”
“Eh
tadi Am kata nak pergi cari Ihsan , tak jumpa ke ?” soal Asymar pelik . Mabuk
di siang hari ke abang kembarnya ini .
“Dah
jumpa .”
“Okey
lah Asy , Reen pergi dulu . Nanti apa apa Reen bagitahu .”
“Cepat
cepat nak pergi ni kenapa ?” soal Amsyar sinis .
“Takde
kena mengena dengan urusan kau .” jeling Aireen .
“Amboi
, kasarnya cakap . Dengan Asy bukan main sopan lagi kau .”
“Kita
layan orang , seperti mana orang layan kita . Okey lah Asy . Jumpa lagi” ujar
Aireen sambil melangkah pergi .
“Kurang
ajarnya dia . Macam mana la Asy boleh kawan dengan dia .”ucap Amsyar bengang .
“Am
yang cari pasal . Nasib Am lah . Hahaha .”perli Asymar .
‘Kau tunggu perempuan . Kau yang
cari pasal dengan aku dulu kan ? Siap kau !’ Amsyar bermonolog sendiri .
Mula dari saat itu , Amsyar menyusun strategi dengan teliti
. Tekadnya , dia perlu menawan hati Aireen supaya dia boleh membalas dendam .
***
“Asy ,
Aireen tu macam mana ya ? Maksud Am , Am nak tahu ciri ciri dia , lelaki yang
dia suka . Asy kan rapat dengan dia , mesti Asy tahu banyak pasal dia . “ tanya
Amsyar .
“Ni
kenapa tanya tanya pasal Aireen . Mesti ada apa apa yang Am sembunyikan kan ?”
“Am
rasa , Am mula sukakan dia” ucap Am . Dalam hati , hanya dia saja yang tahu
betapa bencinya dirinya terhadap Aireen , demi misinya , terpaksa dia berlakon
.
“Am ni
biar betul . Macam mana boleh suka pulak ni ?”tanya Asymar gusar .
“Yalah
, dia je satu satu nya perempuan yang tolak Am . Dia lain , dia unik . Senang
cerita dia memang special .”
‘Maafkan
Am , Asy .’
“Oh .
Macam tu” ucap Asymar dengan nada rendah . Remuk hatinya apabila mengetahui abangnya
sendiri menyukai gadis idamannya . Dalam hati yang benci , dirinya
mempersoalkan tiadakah gadis lain yang boleh diminati abangnya ? Mengapakah
gadis idamannya juga menjadi rebutan abangnya sendiri . Namun , sedalam dalam
hati yang membenci , Asymar masih menyayangi abangnya . Asymar tahu , abangnya
seorang itu sukar untuk menyukai seseorang .
“Asy ,
apehal senyap ? Cerita la cepat .” paksa Amsyar .
“Ha ?
Takde apa . Sabar la kejap . Kalut betul” .
Bantal dibaling tepat ke muka abangnya . Gelak tawa Amsyar
memenuhi bilik Asymar . Asymar mula menceritakan sedikit sebanyak apa yang
diketahui tentang Aireen . Doanya dalam hati agar abangnya menjaga Aireen
sebaik mungkin kelak . Dia tidak sanggup melihat Aireen terluka .
***
Amsyar tekad dia perlu berubah demi memikat hati Aireen .
Pagi itu , Amsyar bersiap awal pagi . Pintu bilik Asymar diketuk .
“Asy ,
kita pergi awal hari ni . Cepat siap .”laung Amsyar dari luar pintu bilik Asymar
.
Asymar menggapai jam ditepi katilnya . Beberapa kali dia
mencubit pipinya .
‘Tak
mimpi ni . Maknanya along memang bangun awal’ Asymar bermonolog sendiri .
Laju tangannya menggapai beg sekolah di meja belajarnya .
Langkah kaki diayun secepat mungkin untuk pergi ke muka pintu kerana Amsyar
sedang menunggu nya . Bahu Amsyar ditepuk .
“Am ,
Asy tak mimpi kan ?”tanya Asymar .
“Woi .
Nak mimpi apa siang buta ni ?”
“Takdela
. Am awal sangat harini . Tak breakfast dulu ke ?”
“Am dah
mintak mak Senah tapau . Dah , jom” ajak Amsyar .
“Ibu !
Kami pergi dulu” laung Asymar .
Setibanya mereka di sekolah , Amsyar melihat wajah pengawas
yang bertugas . Amsyar tersengih dari jauh .
“Hai
Aireen ,”Amsyar menyapa lembut .
“Kau ni
dah kenapa ?” tanya Aireen pelik .
‘Dah
kena sampuk ke mamat ni ?’ ucap Aireen sendiri .
“Kau
kata kau akan layan orang seperti mana orang layan kau . Aku kan tegur kau elok
je . Takde jerkah apa apa pun .”
“Asy ,
abang kau ni dah kena sampuk ke ? Datang awal , tiba tiba jadi baik .”ucap
Aireen pelik .
“Okey .
Let’s begin again . Hai Aireen”
“Hai .
Puas tak hati kau ?” tanya Aireen sebal .
Asymar hanya menggelengkan kepala melihat gelagat abangnya .
Sedikit sebanyak hati nya lega kerana Aireen tidak melayan Amsyar . Amsyar
terus berjalan sambil mengenyit sebelah mata kepada Aireen . Terpaku Aireen
sebentar . Tidak pernah dia mendapat perhatian sebegitu daripada lelaki .
Comments
Post a Comment
Thanks for the comment . I will reply soon ^^